Pengenalan Sekolah
Maahad Pontian adalah salah satu sebuah Sekolah Menengah Tinggi Agama / Arab
di negeri Johor yang telah beroperasi pada awal 1992. Di awal penubuhannya,
dikenali sebagai Sekolah Arab Bandar Pontian ( Pagi ) Peringkat Thanawi yang
bertaraf Sekolah Agama Rakyat. Ketika itu Maahad Pontian ini hanya mempunyai
seramai 180 pelajar dengan dibantu oleh hanya 6 orang tenaga pengajar sahaja
dan ditadbir oleh Ahli Jawatankuasa Kesatuan Guru–Guru Sekolah Arab
Johor ( KGSAJ ). Sekolah yang terletak di Jalan Parit Mesjid, 1 kilometer
dari Bandar Pontian ini melaksanakan dua aliran pendidikan iaitu aliran Akedamik
Kementerian Pendidikan Malaysia dan aliran berbahasa Arab yang kurikulumnya
digubal dan diselia oleh Bahagian Pendidikan Jabatan Agama Islam Johor mengikut
sukatan pelajaran Al-Azhar Mesir.
TUJUAN PENUBUHAN
DAN PERKEMBANGAN
Maahad
Pontian ditubuhkan adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar –
pelajar yang tidak berpeluang untuk melanjutkan pengajian mereka di Maahad
Johor, Johor Bahru. Ini berpunca kerana peningkatan peratusan pelajar yang
lulus peperiksaan PMR dan Peperiksaan Sijil Menengah Rendah Agama SRA di seluruh
sekolah – sekolah Arab Negeri Johor pada tahun 1992.
Maahad Johor tidak dapat menampung limpahan bilangan pelajar ketika itu dan
menghadkan syarat umur dan syarat Mumtaz Shahadah ‘Idadiah ( SRA ) dan
diutamakan kepada pelajar SMAKJ syarat kemasukan pelajar ke sekolah berkenaan.
Kesannya, hampir 500 orang pelajar tidak dapat melanjutkan pelajar ke Maahad
Johor.
Berikutan itu, maka pada akhir tahun 1991 tercetuslah idea Yang diPertua Kesatuan Guru – Guru Sekolah Arab Negeri Johor KGSAJ Ustaz Hj. Salam bin Hj. Abdul Rahman, unutk menubuhkan Maahad Pontian. Atas desakan hebat para ibu – bapa penjaga pelajar, Guru – Guru Besar Sekolah Arab Negeri Johor, maka pada awal bulan Februari 1992, Maahad Pontian diwujudkan bagi memberi peluang pelajar lulusan PMR dan SMRA ke tingkatan 4 dan Thanawi 1 yang tidak terima oleh Maahad Johor. Seramai 180 pelajar dengan tenaga pengajar seramai 6 orang telah ditumpangkan di Sekolah Arab Bandar Pontian, Jalan Parit Masjid, Pontian Johor. Pada awal penubuhan pada awal tahun 1992, Maahad Pontian menumpang di bangunan Sekolah Arab Bandar Pontian yang kini bangunan tersebut menjadi Asrama Putera Maahad Pontian, sehinggalah pada tahun 1997, atas sumbangan derma orang ramai dan perseorangan, Maahad Pontian telah berpindah ke bangunan sendiri di tapak atau lokasi sebagaimana tersergam kini.
Sejarah Menengah
Agama / Arab Bandar Pontian digabungkan di bawah satu pentadbiran pada tahun
2001. Selaras dengan itu, pada tahun itu, buat pertama kalinya Maahad Pontian membuat
pengambilan pelajar dari tingkatan 1 yang mendapat keputusan cemerlang dalam
Ujian Penilaian Sekolah Rendah sekurang – kurangnya 3A 2B. Pengambilan
pelajar adalah diuruskan sepenuhnya oleh Bahagian Pentadbiran Unit Sekolah
Menengah, Bahagian Pendidikan, Jabatan Agama Islam Negeri Johor.
PEMBANGUNAN MAAHAD
PONTIAN
Sebaik sahaja Maahad Pontian diambil alih oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor ( MAIJ ) pada tahun 2000, pembagunan Maahad Pontian dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Johor dengan peruntukan RM 9.6 juta bagi pembangunan fasa pertama yang telahpun 95 peratus sempurna iaitu merangkumi infastruktur bangunan tambahan akademik 2 blok iaitu 4 tingkat dan 3 tingkat serta Bangunan Asrama Puteri 4 blok 4 tingkat. Bangunan baru ini telah melengkapi dengan keperluan – keperluan pengajaran dan pembelajaran khususnya Makmal Sains. Pembangunan Fasa Kedua akan disusuli kemudian.
No comments:
Post a Comment