Kementerian Pelajaran Malaysia telah memperkenalkan Sarana Ibu Bapa dan Sarana Sekolah
sebagai inisiatif kebangsaan bagi meningkatkan penglibatan ibu bapa,
komuniti dan sektor swasta ke arah bersatu dan menyokong satu matlamat
iaitu membantu murid berjaya. Penglibatan anda mampu mengubah sistem
pendidikan negara ke arah kecemerlangan dan kemenjadian murid seperti
yang diharapkan.